1. Apakah Smartwinger.com ? 

Smartwinger adalah satu portal e-commerce yang berkonsepkan social market network berkenaan aktiviti – aktiviti berfaedah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui buku, ebook dan juga latihan. Ianya boleh disertai oleh sesiapa sahaja sebagai member (ahli) secara percuma.

2. Kenapa perlu menyertai Smartwinger.com ? 

Jika kita lihat pada masa sekarang, masalah masyarakat yang kurang membaca dan juga kurang aktif di dalam usaha menimba ilmu boleh menyebabkan hasrat Malaysia menjadi negara maju tergendala. Oleh itu, smartwinger.com telah membuka ruang kepada masyarakat untuk menaikkan minat dan budaya cintakan ilmu dengan trend terkini iaitu aktiviti bersosial di Internet. Oleh itu, perkongsian antara member mengenai aktiviti- aktiviti yang ilmu yang dilakukan boleh menambahkan ilmu pengetahuan mereka dan seterusnya memajukan ekonomi mereka melalui konsep k-economy.

3. Siapa yang perlu menyertai Smartwinger.com ? 

Smartwinger.com seharusnya disertai oleh setiap rakyat Malaysia yang mempunyai kemudahan di Internet. Setiap orang perlu meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dan di smartwinger.com dan mereka boleh menjalankan aktiviti – aktiviti berfaedah ke arah minat dan kecenderungan mereka di samping mendapat kenalan baru yang mungkin mempunyai minat yang sama.

4. Apakah kelebihan menjadi member Smartwinger.com ? 

Ada beberapa kelebihan menjadi member Smartwinger iaitu boleh membuat pembelian buku, ebook dan latihan dengan harga atau yuran potongan (discount). Ada latihan percuma diberikan kepada member Smartwinger.com seperti berkenaan dengan pemasaran Internet atau penulisan ebook. Member juga dapat berkenal- kenalan dengan rakan- rakan baru yang mempunyai minat yang sama atau berlainan. Mereka boleh bertukar-tukar buku yang ada mengikut persetujuan bersama. Banyak lagi kelebihan yang ada untuk dinyatakan di sini seperti group, forum serta blog yang penuh berinformasi.

5. Apakah keahlian- keahlian yang ada di dalam Smartwinger.com ? 

Anda boleh menyertai keahlian sebagai “member” di dalam Smartwinger.com dan ianya percuma seumur hidup. Jika anda berminat untuk menjadi “seller” , anda boleh menghubungi admin@smartwinger.com dengan yuran seller membership yang minimum dikenakan.Disamping menjadi seller, anda juga berkelayakan untuk menyertai program affiliateyang menawarkan komisyen 40% setiap bulan. Pada masa ini, yuran untuk menjadi seller bukanlah RM100, RM80, RM60. Anda boleh menghubungi admin@smartwinger.com untuk info atau daftar percuma.

6. Bagaimanakah idea Smartwinger ini terhasil? 

Ianya terhasil daripada satu tugasan kelas master of IT Entrepreneurship di dalam subjek “PRODUCT CREATIVITY AND INNOVATION” untuk mendapatkan sebuah buku sebagai rujukan. Founder telah mencari sesiapa yang ada buku tersebut di social media Facebook lalu, ada seorang rakan online yang mempunyainya. Founder telah membuat perjanjian secara tukar buku suka sama suka. Setelah habis membacanya dan menyiapkan tugasan, buku tersebut dipulangkan kepada pemiliknya. Daripada situasi itu, founder mendapat idea untuk membina satu website smartwinger.com untuk memudahkan masyarakat membuat perkongsian sebegini. Jika jauh jaraknya, khidmat pos/courier boleh digunakan.

7. Bagaimanakah terhasilnya website smartwinger ini? 

Smartwinger adalah hasil projek daripada satu program pengajian di peringkat master di dalam program khas UTM dan MARA. Ianya telah dibangunkan oleh empat orang usahawan Internet tempatan yang bergabung tenaga untuk merealisasikan smartwinger iaitu Saudara Ridzuan Rahman, Fahmi Ismail, Rahman Ismail dan Kadri Kamaruddin. Ianya akan dioptimumkan daripada masa ke semasa agar memberikan wadah pembangunan ilmu kepada rakyat Malaysia.

Responses